The Insects Academy: Malam Penuh Misteri

oleh

Harga

RM 16

Saiz

5.5x8

Mukasurat

128

Tarikh Terbit

Sep 2025

ISBN

978-629-493-153-4

Pada malam penuh kekacauan di Akademi Serangga, pelajar Kelas Serangga panik apabila bekalan makanan hilang, beberapa pelajar diserang, dan tuduhan dilemparkan tanpa bukti. Ketegangan memuncak apabila tiada siapa mempercayai antara satu sama lain. Namun, selepas punca sebenar dikenal pasti, mereka menyedari keyakinan dan komunikasi ialah kunci keharmonian.Tetapi, adakah mereka benar-benar belajar daripada kesilapan ini, atau kekacauan bakal berulang?

Apa yang dapat dipelajari daripada siri komik ini adalah:

STEM

  1. Komunikasi antara Spesies: Bagaimana makhluk kecil menggunakan isyarat, bau, atau pergerakan untuk berkomunikasi dan membentuk pakatan.

  2. Penyamaran Biologi: Teknik seranga meniru rupa objek lain atau haiwan lain untuk perlindungan atau memburu.

Pengajaran dan Nilai

  1. Pentingnya Kerjasama dan Toleransi: Kejayaan dicapai apabila semua pihak bekerjasama walaupun berbeza latar belakang

  2. Terima Diri dan Hormati Kepelbagaian: Identiti dan keunikan diri wajar dihargai kerana perbezaan ialah sumber kekuatan bersama.

tiktok.com instagram.com facebook.com twitter.com