The Insects Academy: Jaring Ajaib dan Mangsa Licik

oleh

Harga

RM 16

Saiz

5.5x8

Mukasurat

128

Tarikh Terbit

Sep 2025

ISBN

978-629-493-150-3

Di Akademi Serangga, Onic membina sebuah jaring yang amat besar, dengan harapan dapat menangkap mangsa yang luar biasa. Setelah lama menanti, tiada satu pun yang tersangkut di jaringnya. Dia Melihat rakan-rakan lain dalam keluarga Arachnida berjaya mendapatkan mangsa masing-masing, Onic mula berasa cemas dan sedih. Adakah jaring gergasinya itu berjaya menangkap mangsa yang diidamkan? 

Apa yang dapat dipelajari daripada siri komik ini adalah:

STEM

  1. Hubungan Pemangsa dan Mangsa dalam Ekosistem: Interaksi antara haiwan pemangsa dan mangsa membantu mengekalkan keseimbangan alam semula jadi.
  2. Pergerakan dan Fungsi Fizikal Haiwan: Perbezaan bilangan kaki, struktur badan dan cara bergerak mempengaruhi kebolehan dan peranan haiwan.

Pengajaran dan Nilai

  1. Belajar Menerima Diri Seadanya: Kebahagiaan muncul apabila individu menghargai siapa dirinya dan tidak membandingkan dengan yang lain.
  2. Kehadiran Setiap Individu Membawa Makna: Walaupun pendiam atau berbeza, semua wajar dihargai dan diberi tempat dalam komuniti.


tiktok.com instagram.com facebook.com twitter.com