Detektif Yaya dan Penunggu Gunung Embun

oleh Timie Zafira

RM 15

Tentang buku ini

"Aku dengar, kat Gunung Embun tu ada monster bermata merah..."

Buku ini mengisahkan pengembaraan Yaya dan kawan-kawan sekelasnya yang pergi berkhemah di Gunung Embun. Pelbagai aktiviti berkumpulan yang mereka lakukan demi mendapatkan hadiah istimewa dari Cikgu Timi. Namun, apabila barang-barang kepunyaan mereka mulai hilang dari khemah, mereka mula tertanya-tanya. Apabila Suzy hilang tanpa berita, mereka semua risau benda yang paling buruk telah terjadi. Tambahan lagi, khabar angin yang menular tentang kewujudan monster di hutan itu membuatkan semua orang tidak senang. Dalam cuaca hujan ribut yang turun tanpa henti, Yaya harus menyelamatkan Suzy. 
Siri Detektif Yaya ini padat dengan nilai-nilai murni. Diceritakan dari pandangan Yaya yang penuh lawak dan misteri, siri ini sesuai dibaca oleh peringkat sekolah rendah hingga ke sekolah menengah.  Di samping belajar tips survival, pembaca juga boleh merungkai misteri di Gunung Embun bersama Yaya dan kawan-kawan. 

Butiran buku

Imprint
PTS Junior
Muka surat
184
Saiz
5x7.5
Tarikh terbit
February 2016
ISBN
978-967-411-760-3
RM 15Detektif Yaya dan Penunggu Gunung Embun
Beli di kedai

Buku PTS Junior lain