Di Sebalik Nombor

Di Sebalik Nombor: Adiwira Angka

oleh Choo Weng Yan

RM 16

Tentang buku ini

Sebuah komik pendidikan yang menunjukkan bagaimana matematik adalah teras utama dalam sektor pengangkutan dalam memastikan kecekapan dan keselamatan. Daripada aplikasi laluan bas Seri, pengiraan Izwan untuk menyelamatkan nyawa di lebuh raya, navigasi Arjuna dalam penerbangan, penyelesaian masalah trafik oleh seorang adiwira bernama Tuah serta keselamatan kereta kabel. Ini jelas terbukti bahawa matematik adalah tulang belakang penting yang menggerakkan sistem pengangkutan kita.

Antara topik STEM dalam buku ini:

● Pengiraan dan Pengurusan Masa: Kombinasi pengiraan dan pengurusan masa sangat penting untuk merancang dan mengurus masa dengan berkesan.

● Navigasi dan Vektor: Navigasi adalah kemahiran memandu. Vektor penting dalam navigasi kerana vektor menunjukkan arah dan kekuatan pergerakan.

● Analisis Data dan Penyelesaian Masalah: Analisis data adalah proses memeriksa data untuk mendapatkan maklumat berguna dan menyokong keputusan untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

Butiran buku

Kategori
Matematik
Imprint
PTS Junior
Muka surat
128
Saiz
5.5x8
Tarikh terbit
July 2025
ISBN
978-629-493-114-5
RM 16Di Sebalik Nombor: Adiwira Angka
Beli di kedai

Lagi dalam Di Sebalik Nombor

Lihat siri penuh

Buku PTS Junior lain