
oleh
Harga
RM 16
Saiz
5.5 x 8
Mukasurat
112
Tarikh Terbit
Oct 2025
ISBN
978-629-493-185-5
Ben dan Bella mengikuti nenek mereka membeli makanan haiwan, namun tanpa disangka mereka terlibat dalam satu kejadian duit palsu. Semua orang berasa kecewa, tetapi ibu mereka segera menenangkan keadaan dengan menunjukkan cara mengenal pasti duit palsu. Perlahan-lahan, nenek kembali tersenyum dan suasana menjadi ceria semula. Mari kita ikuti kisah ini dan sama-sama pelajari cara mengenal pasti duit palsu!
Apa yang dapat dipelajari daripada siri komik ini adalah:
STEM
Keselamatan Kewangan: Proses cetakan wang kertas menggunakan teknologi khas menunjukkan kepentingan langkah keselamatan bagi mengelakkan pemalsuan.
Menggerakkan Kitaran Ekonomi: Edaran wang melalui transaksi harian dan sistem perbankan menyokong aktiviti ekonomi serta memudahkan urusan masyarakat.
Mengurus Kewangan Peribadi: Menyimpan wang dalam kad bank melalui simpanan, gaji, atau pemindahan kewangan membantu individu mengawal aliran kewangan.
Menerapkan Inovasi Kewangan Digital: Memahami dan menggunakan wang digital membolehkan masyarakat menyesuaikan diri dengan teknologi kewangan baharu dalam urusan tanpa tunai.